Thursday, 16 May 2013

PENGENALAN


Isabella Bliss Home lebih dikenali sebagai Dumi Resources Sdn Bhd (682508-H) telah ditubuhkan pada 26 Februari 2005. Syarikat ini adalah milik bumiputra dan kegiatan/aktiviti utama syarikat ini adalah sebagai agen/wakil pemasaran jualan unit-unit perumahan kepada kakitangan kerajaan terutamanya kepada Anggota Tentera Malaysia dan Anggota Polis DiRaja Malaysia.

Berdasarkan kepada pengalaman sedia ada, kami bersedia untuk menceburkan diri dalam bidang hartanah yang nyata mencabar dan memerlukan daya saing yang cukup tinggi pada masa kini. Pengalaman, kesungguhan, motivasi serta modal kewangan diperlukan dalam usaha mengekalkan prestasi dan kualiti kerja agar objektif syarikat berjaya dicapai.

Isabella Bliss Home telah mendapat kerjasama yang baik dari koperasi-koperasi kakitangan kerajaan  terutamanya Koperasi Tentera Rakyat dan juga agensi-agensi kerajaan serta swasta dalam mengembangkan operasi seterusnya kepada prestasi syarikat.

Sebagai sebuah syarikat yang telah beroperasi selama 6 tahun dan di samping pengalaman peribadi lebih 25 tahun pengarah-pengarah syarikat dalam bidang pengalaman yang berkaitan, mampu berdaya saing setanding dengan pesaing perniagaan yang lain, kami yakin dapat memacu pertumbuhan yang cemerlang dengan berpaksikan semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh lembaga pengarah serta rakan kerja kami.
Isabella Bliss Home akan sentiasa berusha gigih dan memberi tumpuan dalam memastikan setiap kerja yang diamanahkan terlaksana sesempurna mungkin.

Kami Isabella Bliss Home berbangga sekiranya dapat member khidmat terbaik dan Berjaya melaksanakan tugasan serta amanah yang diberikan. Di dalam strategi pemasaran, kami juga mengadakan ceramah-ceraman mengenai kepentingan pemilikan rumah bagi setiap individu di kem-kem tentera sekitar Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment